Sunday, 22 September 2013

MEMAHAMI HISTOGRAM PADA KAMERA ( DSLR )

Memahami histogram pada kamera sebenarnya mudah, histogram dipaparkan pada skrin kamera pada saat preview (record mode) juga dipaparkan pada gambar yang telah diambil (playback mode).Ciri histogram pada kamera sangat berperanan dalam menilai ketepatan pendedahan, namun untuk itu kita perlu dapat memahami makna dari grafik yang dipaparkan melalui histogram.

Memahami histogram pada kamera penting kerana skrin LCD kadang-kadang tidak tepat.Contohnya apabila kita berada di bawah matahari yang sedang bersinar dengan teriknya, skrin LCD kita sukar dilihat kerana silau. Demikian pula bila kita berada di bilik yang gelap, gambar yang dipaparkan di LCD kelihatan lebih terang daripada yang asal.

Sebagai awal memahami histogram pada kamera area, perlu diberitahu seperti biasanya histogram terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian yang paling kiri menandakan bahagian shadow / bayangan atau bahagian yang gelap.Bahagian yang tengah menandakan bahagian abu-abu/sedang, dan bahagian yang paling kanan menandakan bahagian terang.



Dengan memahami histogram pada kamera , kita boleh mengubah settingkamera DSLR untuk shutter speed , ISO , dan Aperture  untuk mendapatkan gambar yang lebih ideal sesuai dengan harapan kita. Misalnya, apabila kita melihat kawasan di bawah lengkung terlalu banyak di bahagian kiri atau kanan, kita boleh menetapkan setting baik secara manual atau menggunakan fungsi Exposure Compensation dan mengambil foto dengan pengedaran gelap terang yang lebih ideal.

Apa itu Shutter Speed?

Cara paling mudah untuk mendeskripsikan Shutter Speed adalah rentang waktu atau lamanya shutter dalam kamera terbuka. Pada era fotografi film, shutter bisa diartikan sebagai rentang waktu film mengekspose adegan atau scene yang sedang dipotret. Pada era fotografi digital, Shutter Speed berarti berapa lamanya sensor gambar kamera 'Melihat' sebuah adegan atau pemandangan yang sedang dipotret.

Shutter Speed yang Berbeda

Tujuan penggunaan Shutter Speed bisa beragam untuk tujuan yang berbeda. Shutter Speed diukur dalam satuan detik (per detik), kecepatan dilambangkan dengan bilangan pecahan biasa seperti 1/1000 atau 1/50. Sobat bisa melihat dengan jelas, bahwa semakin besar penyebut maka semakin besar kecepatannya. kecepatan rata-rata ideal ketika memotret biasanya 1/60, dan memotret menggunakan kecepatan yang lebih rendah dari itu tanpa bantuan tripod atau penyangga akan terasa sulit karena kemungkinan besar akan menghasilkan foto yang blur.
Pengaturan Shutter Speed yang umum ada di kamera digital biasnya adalah 1/500, 1/250, 1/125, 1/60, 1/30, 1/15, 1/8, dan seterusnya, bahkan sudah banyak kamera yang memberikan pilihan pengukuran shutter speed dalam satuan detik penuh (bukan pecahan) seperti 1 detik, 2 detik, 10 detik, dan seterusnya. Satuan Detik ini akan sangat berguna pada bidang low-light photography atau ketika Sobat mencobat untuk menangkap obyek gerak.
Banyak fotografer yang menggunakan Shutter Speed lebih lambat dari 1/60 detik dan hal ini berarti semua foto mereka menjadi blur. Untuk hasil yang terbaik dalam penggunaan Shutter Speed lambat maka Sobat seharusnya menggunakan sebuah Tripod sehingga kondisi kamera bisa stabil dan tidak akan terjadi goncangan pada saat memotret.

Memilih Shutter Speed yang Ideal

Setelah membaca ulasan diatas dan artikel sebelumnya tentang mengenal Shutter Speed dalam fotografi, sekarang Sobat sedikit banyak telah mengetahui detil teknisnya, tetapi pertanyaannya sekarang adalah, bagaimana sobat memilih Shutter Speed yang tepat untuk menghasilkan foto yang sempurna? Sebagai gambaran, kebutuhan Shutter Speed pada wedding photography akan sangat berbeda dengan memotret event olah raga.
Pertimbangan yang sangat penting ketika memilih Shutter Speed yang tepat adalah gerakan. Seberapa banyak gerakan yang ingin Sobat rekam? Apakah Sobat ingin 'freeze' sebuah gerakan guna mendapatkan foto yang bersih tanpa blur? maka, Sobat perlu menggunakan Shutter Speed cepat, hal ini akan bisa menangkap momen sebelum bergerak menghilang. Atau Sobat ingin menambahkan nuansa blur yang berasal dari obyek gerak? Shutter Speed lambat bisa digunakan untuk mendapatkan foto tersebut.
Menentukan kecepatan atau bilangan pada pengaturan Shutter Speed akan tergantung pada bagaimana tingkat "Freeze" atau "Blur" yang Sobat inginkan di dalam foto, dan tentunya sedikit "trial & error" adalah cara yang tepat untuk menguasai penentuan Shutter Speed ini.

Perhatikan Focal Length

Focal Length dari lensa Sobat pastinya memberi kontribusi pada tingkat getaran kamera, kecuali lensa telah memiliki fitur stabilisasi, maka dari itu Sobat setidaknya harus mempertimbangkan Shutter Speed tergantung pada focal length juga. Untuk focal length yang lebih panjang, maka Sobat akan memerlukan Shutter Speed yang lebih cepat juga. Pada kondisi tanpa fitur 'Image Stabilisation', dianjurkan untuk menggunakan penyebut atau denominator kecepatan yang lebih besar dari panjang focal length. Jadi untuk lensa 200mm, maka kecepatan ideal akan berkisar pada 1/250 untuk menghindari shake atau blur sehingga hasil bisa maksimal.


Sunday, 14 July 2013

Sejarah Disebalik Kolej Teknologi Darulnaim

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) yang ditubuhkan pada 1997 dengan nama Institut Teknologi Darulnaim merupakan kolej di bawah naungan EQ Resources Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada awal 1997 oleh Permodalan Kelantan Berhad (PKB), sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Sebagai langkah permulaan, KTD pada 6hb. Mac 1997 telah menandatangani MoU dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengendalikan Program Pengajian Diploma di bawah Sistem Kolej Kerjasama.
Hasil dari persetujuan ini KTD telah dilantik sebagai Pusat Program Kerjasama Pengajian Diploma UTM bagi negeri Kelantan. KTD-UTM telah memulakan sesi ulung pengajiannya pada semester Julai 1997/1998.
Bermula pada 15 Mei 2004, secara sahnya pengurusan EQ Resources Sdn Bhd telah diambil alih oleh Akar Ikhlas Sdn Bhd.
Visi KTD ialah menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul, berdaya saing dan bertaraf dunia yang berlandaskan pengabdian kepada Pencipta. Manakala misinya pula ialah menyediakan peluang pendidikan tinggi bersepadu dan terancang melalui perkhidmatan warga kerja berkualiti bagi melahirkan individu yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan profesional negara.
Falsafah pendidikan KTD adalah berpandukan ayat al-quran yang bermaksud, “….Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan di kalangan kamu dengan beberapa darjat.” Surah al-Mujadalah (58:11)
Pengurusan kolej yakin dan percaya bahawa pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran, memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.
Visi, misi dan falsafah KTD ditunjangi oleh nilai-nilai teras yang merangkumi keimanan dan ketakwaan sebagai tunjang, akauntabiliti dan integriti dalam menjalankan tugas, sentiasa proaktif, kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran dan peluang, kebersamaan, kemesraan dan kesanggupan berkorban dalam mewujudkan persekitaran yang harmonis dan keprihatinan dan keutamaan kepada pelanggan.
Kolej Teknologi Darulnaim menawarkan 5 kursus peringkat Diploma dengan Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia di bawah Unit Pengurusan Program Kerjasama (UPPK UTM). Kursus-kursus tersebut ialah Diploma Kejuruteraan Elektronik, Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat), Diploma Sains Komputer (Multimedia), Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) dan Diploma Pengurusan Teknologi.
Selain daripada kursus-kursus ini, Kolej Teknologi Darulnaim juga menawarkan kursus-kursusnya sendiri seperti Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Multimedia dan Diploma Perakaunan.
Sejarah kecemerlangan KTD penuh dengan cabaran. Pada 2004, bilangan pelajar adalah 193 orang, menjadikannya berada pada kedudukan yang tidak stabil kerana kos operasi yang tinggi. Kerja kuat pihak pensyarah dan pengurusan, KTD dapat meningkatkan jumlah kemasukan pelajar kepada sekitar 450 orang pada 2007.
Ketika memberi perutusan tahun baru 2008 masihi dan 1429 hijrah di sebuah hotel di Kota Bharu baru-baru ini, ketua eksekutif, Dr. Abdullah Sudin mendedahkan resepi kejayaan Kolej Teknologi Darulnaim yang bangkit daripada peratusan tahap kegagalan pelajar yang tinggi iaitu 20.89 peratus empat tahun lalu kepada 0 peratus pada 2006. Seterusnya bagi tahun 2007, bidang pengajian akaun dan multimedia mencatat 100 peratus kelulusan. Di kalangan kolej pengajian yang mengadakan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, KTD berada pada kedudukan ke-5 daripada lebih 20 buah institusi pengajian tinggi swasta dari segi kedudukan CPA.
Kejayaan ini merupakan petanda jelas kepada kesungguhan pelaksanaan konsep pendidikan bersepadu iaitu kecemerlangan akademik dan pembinaan sahsiah terpuji. Pencapaian yang memberangsangkan ini adalah kesan daripada program pembangunan akademik dan pelajar seperti Pembangunan Sahsiah Terpuji (Pesat) yang menyediakan modul lengkap pembangunan pelajar supaya lebih berdisiplin, rajin belajar dan pada masa yang sama membina soft skills sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa depan.
Pencapaian akademik sebelum ini banyak digugat oleh masalah disiplin, cenderung mengabaikan pelajaran dan tidak menghargai peluang yang diberikan untuk belajar di KTD.
Dr. Abdullah Sudin dalam ucapannya melahirkan rasa sukacita ke atas pencapaian besar KTD sehingga kini. Keputusan peperiksaan semester yang sentiasa ada peningkatan adalah petanda jelas komitmen pihak pensyarah dan semua kakitangan untuk melihat KTD sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang unggul di Kelantan.
Di samping itu, enam program pengajian dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Selangor akan dilaksanakan di samping menghantar pelajar cemerlang ke United Kingdom dalam bidang yang terpilih. KTD juga menjadi pusat pendidikan wilayah bagi Universiti islam Antarabangsa dan Unisel.
Rancangan KTD dalam masa lima tahun yang akan datang bermatlamatkan menambah bilangan pelajar dan memberi imbuhan yang lebih baik kepada pensyarah dan kakitangan kolej agar setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
Kebajikan pelajar di KTD terus dipelihara, justeru bantuan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) sangat penting. Kenaikan bantuan kewangan pelajar dari RM350 ke RM550 seorang setiap bulan turut membantu pencapaian akademik yang lebih baik.
Hala tuju KTD tidak berdasarkan bisnes semata-mata tetapi lebih kepada memberikan pendidikan kepada semua golongan masyarakat termasuk pelajar-pelajar miskin. Bagi merealisasikan hala tuju, Pengerusi KTD, Prof. Datuk Dr. Abu Azam bin Md Yassin meminta pensyarah dan kakitangan kolej untuk memikirkan “niche” tertentu yang boleh diguna pakai oleh KTD dengan menggunakan pendekatan ABC.
A adalah “associate staffs” iaitu menggunakan potensi kakitangan yang ada untuk menggembleng sumber manusia secara optimum; B adalah “business model” yang mengaplikasi keuntungan dan tanggungjawab sosial, dan C ialah “customers” iaitu pelanggan kolej yang terdiri daripada ibu bapa dan masyarakat.
Pencapaian yang dapat diukur daripada ketiga-tiga elemen ini ialah KTD dapat melahirkan seorang pelajar yang akhlaknya dipuji dan akademiknya cemerlang. KTD boleh berbangga dengan keputusan peperiksaan semester lepas yang mana 44 orang telah mendapat anugerah dekan dan 127 orang mendapat kepujian kelas dua atas.
Pembentukan akhlak terpuji harus melalui proses atau kurikulum yang terancang. Di dalamnya ada diterangkan cara pelaksanaan, proses menilai dan hasil akhirnya. Membina akhlak bukannya seperti mengambil makanan untuk keperluan fizikal sebaliknya berkembang dengan ilmu. Kurikulum yang dibangunkan di KTD adalah untuk pembinaan akhlak pelajar yang lebih baik.
Resepi kejayaan KTD ialah pencapaian akademik dan sahsiah diri yang terpuji. Dengan dua pendekatan ini, pelajar mampu menghadapi cabaran-cabaran perkembangan semasa yang boleh menggugat pembentukan sahsiah pelajar.
Pelajar yang lengkap dengan profesionalisme yang disempurnakan dengan kekuatan iman adalah idaman pensyarah dan kakitangan Kolej Teknologi Darulnaim. Pembinaan peribadi pelajar yang beginilah akan dilahirkan oleh KTD. Untuk mengharapkan orang lain menjaga nasib bangsa sendiri tentulah sukar.